Monday, March 3, 2008

Sinai Oh Sinai.



Sudah sekian lamanya ana tidak menyibukkan diri dengan blog ni. Habis sahaja imtihan fasal dua ana dan suami sibuk membantu Ustaz Along menguruskan travel. Memasak ajela yang ana mampu, nak tolong drive kereta bawa tetamu berjalan takde lesen pulak. Selesai urusan dua trip tetamu dari Malaysia, kena pulak jadi musyrifah adik-adik Selangor ke Sinai. Maklumlah madam-madam lain ada yang sibuk melayan kerenah anak-anak, yang sarat mengandung dan seumpamanya. Ada pula HEWI PMRAM yang bertambah sibuk akhir-akhir ni dengan pelbagai urusan. Semuanya untuk memberikan yang terbaik untuk ahli-ahli PMRAM. Syabas ana ucapkan. Balik dari Sinai ada Hari Keluarga Selangor pulak.. Huh...penat..penat.. tapi tak pelah kerana adik-adik, ana gagahkan jugak la walaupun boleh dikatakan tiap-tiap malam kena gi ziarah asrama. Benarlah sabda nabi Muhammad SAW :" لا يؤمن احدكم حتى يحب اخيه ما يحب لنفسه "



Semasa di Sinai alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun pada awalnya terdapat sedikit kesulitan pada kami (ape erk yang sulitnya???fikir-fikirkan). Sepanjang perjalanan pengharapan sepenuhnya ana sandarkan pada Allah SWT. DIA lah Tuhan sekelian alam yang memahami jiwa hamba-hambaNya. Ana insan yang lemah lagi kerdil ini sentiasa memerlukan petunjuk dan bimbingan. Risau di hati Allah sahajalah yang tahu. Bahaya fitnah yang ana takutkan.

Seperti biasa tempat-tempat yang dilawati seperti Uyun Musa, Noktah Hasinah, 12 mata air, Jabal Musa, St . Catherine dan lain-lain. Ini adalah kali kedua ana pergi bersama suami. Hakikatnya rasa tidak cukup sekali untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah ini. Banyak pengajaran kita dapat ambil. Antaranya di Noktah Hasinah merupakan kubu Israel pada peperangan Israel-Mesir pada tahun 1963. Kubu yang pada awalnya tidak dapat dikesan oleh kerajaan Mesir. Tetapi atas petunjuk yang Allah berikan kepada ulama Mesir pada waktu itu melalui mimpi akhirnya terjawab juga segala persoalan. Kubu bawah tanah yang dibina dengan besi-besi dan batu-batu yang menggagalkan sebarang jenis bom untuk memusnahkannya.



Tempat lain yang sempat ana lawati ialah St. Catherine. St. Catherine merupakan gereja tertua di dunia. Di dalamnya terdapat tempat mandi nabi Musa, pokok tergantung dan tempat dikebumikan seorang rahib wanita yang bernama Katherina. Mengikut kepada sejarah Katherina merupakan seorang pengikut nabi Musa yang beriman dengan Allah dan kenabian Nabi Musa. Beliau merupakan seorang wanita yang solehah. Walau bagaimanapun kisah mengenainya telah diselewengkan pihak Kristian dan Yahudi selepas kematian beliau. Orang-orang Kristian menyangkal keimanan Katherina terhadap Allah dan nabi Musa. Sebaliknya mengatakan Katherina menganut agama Kristian. Dakwaan ini juga turut disokong oleh orang-orang Yahudi.

(bersambung.... :p )

No comments: